(Video) Macam Tak Kisah, Gelagat Kucing ‘Hidu’ Tikus Depan Mata Tarik Perhatian Warganet

Satu video yang memaparkan seekor kucing seakan ‘menghidu’ dengan seekor tikus berjaya mencuit hati warganet.

Kucing tersebut dilihat menghidu-hidu tikus berkenaan seolah-olah tanpa berbuat apa-apa menerusi potongan video tersebut.

Tikus itu pula dilihat seakan berhati-hati dengan tindak tanduk kucing itu. Ianya dapat dilihat menerusi ekor tikus berkenaan yang menggigil ketika kedua-dua mereka sedang berhadapan antara satu sama lain.

Warganet yang menonton video tersebut terhibur dengan gelagat kedua-dua haiwan terbabit.

Ada yang menyamakan gelagat itu dengan adegan daripada animasi terkenal iaitu Tom&Jerry.

Ada juga warganet yang melihat adegan itu seakan adegan dari filem romantik berjudul Romeo and Juliet.

Bukan itu sahaja, malahan ada warganet yang mempertikaikan berkenaan bagaimana tikus itu masih lagi boleh hidup selepas berhadapan dengan ‘musuh ketatnya’.

Sementara itu, ada juga yang mendakwa bahawa kucing tersebut telah pun kenyang.

Video yang berdurasi selama 19 saat itu telah menjadi tular. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 60 ribu kali.

Sumber: Twitter

The post (Video) Macam Tak Kisah, Gelagat Kucing ‘Hidu’ Tikus Depan Mata Tarik Perhatian Warganet appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments