(Video) Macam Hero Dalam Drama, Aksi Lelaki Kejar & Hentikan Kereta Bergerak Tanpa Pemandu Demi Selamatkan Kanak-kanak

Bila dalam keadaan cemas, kadangkala kita mampu lakukan apa sahaja untuk menyelamatkan diri atau orang lain.

Reaksi pantas ini dipicu hormon adrenalin yang berfungsi merangsang reaksi lari atau lawan (fight or flight) seseorang untuk bertindak segera.

Baru-baru ini, tular video seorang lelaki yang berjaya menyelamatkan dua kanak-kanak dalam sebuah kereta yang meluncur laju tanpa pemandu.

Dalam kejadian dipercayai di Korea itu, ibu kepada kanak-kanak berkenaan dikatakan terlupa untuk menarik brek tangan ketika memarkir kenderaan.

Akibatnya, kereta itu telah meluncur ke jalan raya bersama dua anaknya. Cemas melihat anaknya dibawa pergi, wanita itu telah mengejar kenderaan berkenaan namun tidak kesampaian.

Bagaikan hero, seorang lelaki dilihat sempat berlari dan masuk ke dalam kereta dipercayai untuk menarik brek bagi menghentikan kenderaan itu.

Sebaik sahaja kereta berjaya dihentikan, lelaki itu kemudiannya berlalu pergi.

Video ini mendapat perhatian lebih 16 ribu warga maya yang rata-rata memuji ketangkasan lelaki berkenaan di samping sikapnya yang dianggap seperti hero drama Korea.

Berikut merupakan perkongsian Taja Lee berdasarkan laporan media tempatan.

Sumber: Taja Lee, Hormone.org

The post (Video) Macam Hero Dalam Drama, Aksi Lelaki Kejar & Hentikan Kereta Bergerak Tanpa Pemandu Demi Selamatkan Kanak-kanak appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments