(Video) Luqman Hakim Mula ‘Mengganas’, Ledak Gol Pertama Untuk KV Kortrijk

Pemain harapan negara, Luqman Hakim yang baru sahaja melengkapkan perpindahan ke kelab KV Kortrijk yang beraksi di Liga Belgium akhirnya telah meledakkan gol pertama beliau untuk kelab tersebut.

Gol terhasil dalam satu perlawanan di mana Luqman Hakim mewakili skuad bawah 21 tahun KV Kortrijk menentang pasukan KRC Gent. Luqman Hakim menjaringkan gol tunggal KV Kortrijk yang menyaksikan kelab itu tewas 1-4 dalam perlawanan tersebut.

Kualiti video yang dimuatnaik laman Twitter kelab tersebut tidak memuaskan. Jadi SK sendiri tidak tahu bagaimana Luqman menjaringkan gol tersebut. Walaubagaimanapun, tahniah Luqman Hakim semoga terus berjaya bersama kelab baharu.

Sumber: KV Kotrijk

The post (Video) Luqman Hakim Mula ‘Mengganas’, Ledak Gol Pertama Untuk KV Kortrijk appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments