(Video) KPN Sangkal Dakwaan ‘Dibeli’ Tauke Judi

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dirinya atau ketua polis negeri dan daerah ‘dipegang’ atau ‘dibeli’ tauke sindiket judi bagi melindungi aktiviti haram mereka.

Tegasnya, sejak memegang jawatan ketua polis negara, beliau sentiasa mengingatkan pegawai dan anggotanya agar meletakkan agenda ‘zero tolerance’ terhadap sebarang kegiatan perjudian.

“Saya sering mengingatkan semua warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada semua peringkat pengarah jabatan PDRM sehingga ke peringkat Ketua Polis Daeah agar tidak sesekali terlibat dengan mana-mana kegiatan atau sindiket perjudian.

“Dakwaan pengaruh sindiket ini hingga boleh mengaturkan pegawai-pegawai tertentu untuk menduduki sesuatu jawatan itu adalah tidak benar sama sekali,” katanya selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PDRM di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman semalam, memetik laporan BERNAMA.

Dalam pada itu, tambah Abdul Hamid, perkara melibatkan perpindahan pegawai dan anggota polis akan dibincangkan bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah dan 10 pengarah jabatan PDRM.

“Ini termasuklah dalam menentukan kedudukan mana-mana pegawai dan anggota polis setelah diadakan perdebatan, perbincangan dan komen termasuk penilaian oleh satu jawatankuasa dari Jabatan Pengurusan yang menilai kesesuaian dan potensi seseorang dinaikkan pangkat atau diletakkan ke satu-satu jawatan,” katanya.

KPN sangkal dakwaan 'dibeli' tauke sindiket judi

#BuletinBernama: Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dirinya atau ketua polis negeri dan daerah ''dipegang" atau "dibeli" tauke sindiket judi bagi melindungi aktiviti haram mereka. Beliau menegaskan sejak memegang jawatan ketua polis negara, beliau sentiasa mengingatkan pegawai dan anggotanya agar meletakkan agenda "zero tolerance"' terhadap sebarang kegiatan perjudian.

Posted by Bernama TV on Tuesday, 18 August 2020

Sumber: BERNAMA TV

The post (Video) KPN Sangkal Dakwaan ‘Dibeli’ Tauke Judi appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments