(Video) “Kerana Ada Nafkah Perlu Dipenuhi”, Perjuangan Ayah Jual Barang Meja Ke Meja Bikin Sebak

Berniaga barang secara direct selling nampak macam menyeronokkan, namun hakikatnya ramai yang tidak tahu ia adalah kaedah yang sangat mencabar.

Hendak berhadapan dengan orang ramai yang kita tidak kenal, mempromosi barang satu persatu dan terangkan supaya mereka jelas, tidak semua mampu buat sebegitu.

Itu belum kira lagi jualan ditolak mentah-mentah, malah ada yang kurang bernasib baik siap dapat ‘pakej’ diherdik lagi.

Baru-baru ini, pemilik akaun Twitter @hfshhh_ memuat naik satu video yang memaparkan gelagat seorang lelaki yang mungkin bergelar ayah, gigih berusaha jual barang dari meja ke meja di sebuah restoran.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Solo, Indonesia.

Agak menyentuh hati apabila melihat jualannya ditolak, mungkin mereka tidak berminat untuk membelinya.

Selain itu, ada juga video lain turut dikongsikannya, memaparkan situasi yang hampir sama.

Dalam pada itu, ada netizen yang turut berkongsi pandangan mereka yang tersendiri mengenai situasi ekonomi yang mempengaruhi insan-insan di atas.

Sebagai rakyat Malaysia yang tinggal di negara bertuah ini, syukurilah dengan setiap apa yang kita ada.

Sekiranya ada ‘rezeki’ lebih, lebih bagus juga jika disedekahkan kepada orang yang lebih memerlukan.

Dalam setiap rezeki kita, ada rezeki orang lain juga.

Sumber: @hfshhh_

The post (Video) “Kerana Ada Nafkah Perlu Dipenuhi”, Perjuangan Ayah Jual Barang Meja Ke Meja Bikin Sebak appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments