(Video) 'Kalau korang pun mesti tak sampai hati tengok aje kan?' - Usaha Aznil bantu 3 beranak ini buat netizen rasa sebak dan terinspirasi


Sabtu lalu, pengacara Datuk Haji Aznil Haji Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil singgah di Klinik Kesihatan Batu 2 1/2 Jalan Air Putih, Chukai, Kemaman dan ternampak tiga anak beranak ini yang baru selesai urusan di klinik tersebut. 

Kasihan melihat si ibu dan anak perempuannya yang mengendong bayi berusaha mengundurkan motosikal, Aznil keluar dan mendekati mereka untuk menghulurkan bantuan. 

"Kesian tengok baby tu haa... baby ok ke? Demam ke? Nak ke mana? Jauh? Mana nak hantar?

"Pak Nil nak hantar, naik kereta Pak Nil. Awak bawa motor. Meh sekali dengan Pak Nil duduk dalam kereta, boleh?" kata Aznil mempelawa kanak-kanak perempuan itu dengan adik bongsunya. 

"Pak Nil ikut motor awak, hantar balik. Bahaya bawa baby macam tu. Meh ikut Pak Nil meh," katanya lagi. 

Dalam kereta, Pak Nil begitu teruja melihat bayi berkenaan yang sihat dan mengambil peluang untuk mendukungnya. 

Tiba di kediaman keluarga itu, Aznil terkejut melihat ramai kanak-kanak ditinggalkan di rumah sementara ibu dan dua anaknya pergi ke klinik. 

"Lebatnya rambut dia? Makan apa rambut lebat macam ni? Macam bintang Korea je, awak selalu tengok cerita Korea ke?" seloroh Aznil sambil bermain dengan bayi comel itu. 

Difahamkan, si ibu hanya mampu menunggang motosikal dan dalam proses mengambil lesen kereta. 

Sebelum beredar, Aznil memberikan sedikit sumbangan kepada keluarga itu. 

Di media sosial, netizen tidak putus-putus memuji tindakan Aznil yang sudi menghulurkan bantuan kepada tiga beranak itu. 








Sumber: Aznil Hj Nawawi


r

Post a Comment

0 Comments