(Video) Isu Bendera Terbalik: “Tiada Lagi Maaf,” – KP Johor

JOHOR BAHRU, 10 Ogos – Tiada lagi permohonan maaf yang diterima selepas ini sekiranya berlaku lagi isu bendera yang dipasang terbalik.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, isu tersebut sepatutnya tidak perlu lagi berlaku berikutan negara ini sudah mencapai kemerdekaan selama 63 tahun.

“Saya tidak akan lagi memberi amaran. Kalau ada lagi kes-kes begini, saya akan arahkan CID untuk buka kertas siasatan, sama ada di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, (Seksyen) 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia, atau di bawah Seksyen 14 atas kesalahan kecil.

“Tiada ada lagi permohonan maaf. Pelbagai alasan yang diberikan..macam baru ni di Kluang, ada sekolah jenis kebangsaan yang cuba meletakkan kesalahan pada pihak lain, katanya yang memasang ini pekerja asing dan sebagainya. Saya takkan terima.

“Ini kali terakhir, lepas ini kita akan mengambil tindakan mengikut undang-undang. Tidak ada lagi maaf,” tegasnya dalam satu sidang media, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita yang membangkitkan isu bendera Jalur Gemilang yang dipasang terbalik di sebuah sekolah di Johor yang tular baru-baru ini.

Kenyataan tersebut boleh dirujuk pada durasi ke 8:24.

LIVE : SIDANG MEDIA KETUA POLIS JOHOR

Posted by Polis Johor on Monday, August 10, 2020

Sumber: Facebook Rasmi Polis Johor

The post (Video) Isu Bendera Terbalik: “Tiada Lagi Maaf,” – KP Johor appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments