(Video) “Ini Jalan ‘Ninjaku’…”, Telatah Oyen Buat “Sit-up” Berkali-kali Untuk Jilat Badan Jadi Viral

Seperti manusia, haiwan juga mempunyai personaliti tersendiri. Bagi pencinta kucing, anda mungkin dapat membezakan sikap kucing-kucing yang dipelihara berdasarkan tingkah laku mereka.

Ada yang nakal, pemalu dan ada juga yang suka bermanja. Tidak kira bagaimanapun sikap mereka, pasti ada masanya tingkah laku mereka mencuit hati kita.

Sebagai contoh, si Oyen ini yang bersusah payah melakukan sit up untuk menjilat badannya. Video dikongsikan Zona Receh ini telah mendapat lebih 176.8 ribu tontonan sejak ia dikongsikan pada 5 Ogos lalu.

“Feline Five”

Jika personaliti manusia boleh dikelaskan ke dalam lima personaliti utama yang dipanggil “Big Five”, kucing juga serupa.

Menurut American Veterinary Medical Association (AVMA), kucing mempunyai lima personaliti mewakili neurotisisme, extraversi, dominans, kebersetujuan (agreeableness) dan suka mengikut gerak hati (impulsiveness).

Dalam eksperimen personaliti Feline Five itu, sebanyak 2,802 ekor kucing peliharaan di Australia Selatan dan New Zealand telah dikaji berdasarkan data yang dikumpul daripada para pemilik kucing.

Dari data terkumpul, penyelidik menyimpulkan lima ciri felin bagi menggambarkan watak-watak kucing.

Menurut penyelidik, neurotisisme mewakili sifat kucing sama ada cemas, takut dan malu terhadap manusia. Dominans pula melibatkan sifat si kucing yang gemar menunjukkan sikap agresif atau membuli kucing lain.

Kucing yang suka mengikut gerak hati (impulsif) pula dikaitkan dengan sikap tidak menentu dan semberono manakala kucing yang mempunyai skor kebersetujuan (agreeableness) yang tinggi lebih mesra dengan manusia dan penuh kasih sayang.

Sementara itu, kucing yang ekstravert lebih aktif, mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi, berdaya cipta, bijak dan lebih berjaga-jaga.

Melihat kepada perangai si Oyen di atas, anda rasa ia jenis yang mana?

Sumber: Zona Receh (Dody Alfa), American Veterinary Medical Association (AVMA), Very Well Mind

The post (Video) “Ini Jalan ‘Ninjaku’…”, Telatah Oyen Buat “Sit-up” Berkali-kali Untuk Jilat Badan Jadi Viral appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments