(Video) Hanya Guna Tiga Bahan, Cara Mudah Cuci Kepala ‘Shower’ Rumah Anda Supaya Kekal Bersih

Mungkin ramai diantara yang mempunyai pancuran air di rumah menghadapi masalah kepala pancuran itu kotor serta tidak tahu cara untuk membersihkannya.

Kepala pancuran yang kotor itu mungkin dikhuatiri terdapat pembiakan bakteria didalamnya.

Justeru daripada itu, sekali sekala ianya perlulah dibersihkan. Namun begitu, bagaimanakah caranya untuk membersihkannya?

Usah pening kepala. Ini kerana satu video yang terdapat di YouTube ini ada menerangkan cara mudah untuk membersihkan kepala pancuran yang terdapat di tandas anda.

Hanya dengan menggunakan 3 bahan iaitu ‘baking soda’, cuka serta buah lemon atau oren yang diletakkan bersama di dalam plastik dan biarkan selama minimum 1 jam, pancuran anda boleh dibersihkan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan bagaimana cara-cara untuk melakukannya, ikuti video ini:

Sumber: YouTube

The post (Video) Hanya Guna Tiga Bahan, Cara Mudah Cuci Kepala ‘Shower’ Rumah Anda Supaya Kekal Bersih appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments