(Video) Hampir 4,000 Tan Minyak Tumpah Dalam Laut, Mauritius Dilaporkan Isytihar ‘Darurat Alam Sekitar’

Mauritius telah mengisytiharkan ‘darurat alam sekitar’ selepas sebuah kapal tertumpahkan hampir 4,000 tan minyak dalam lautan Hindi, lapor Daily Mail.

Satu kenyataan yang dikeluarkan kerajaan Mauritius menyatakan bahawa, kapal yang membawa muatan minyak itu dilaporkan terkandas pada 25 Julai namun Pengawal Pantai Nasional langsung tidak menerima apa-apa panggilan kecemasan daripadanya.

Menerusi penjejak kapal dalam talian, kapal tersebut telah didapati berlayar dari China ke Brazil dan dikatakan terkandas semasa ianya melalui kawasan terumbu karang. Ketika ditemui, kapal tersebut telah dikosongkan.

Perdana Menteri Mauritius, Pravind Jugnauth menyatakan bahawa tumpahan minyak itu telah menimbulkan ancaman dan dia terpaksa meminta bantuan Perancis kerana negara yang berkepadatan seramai 1.3 juta penduduk itu tidak memiliki kepakaran untuk menunda kapal-kapal yang terdampar.

Sepasukan penyelamat telah dikerahkan ke kapal itu namun terpaksa meninggalkannya kerana mendapati terdapat keretakan di badan kapal tersebut.

Negara pulau yang bergantung pada perairannya untuk memancing dan pelancongan telah melepaskan sekitar 400 perangkap sampah, penghalang fizikal yang dibuat dari logam atau plastik, bagi melambatkan penyebaran minyak yang tertumpah itu di laut tersebut.

Kementerian alam sekitar telah menyatakan bahawa pihaknya mengalami kesukaran untuk membendung penyebaran tumpahan minyak itu kerana cuaca buruk serta laut yang bergelora.

Kerajaan Mauritius memaklumkan pihak polis kini sedang menyiasat punca tumpahan minyak tersebut.

Sumber: Daily Mail

The post (Video) Hampir 4,000 Tan Minyak Tumpah Dalam Laut, Mauritius Dilaporkan Isytihar ‘Darurat Alam Sekitar’ appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments