(Video) Gerun, Bunyi Angin Kuat Lalu Dalam Kasino Ketika Taufan Laura Berkelajuan 193kmj Badai Amerika Dirakam

taufan laura

Taufan Laura dengan kelajuan mencecah 150 batu sejam bersamaan kira-kira 193 km per jam telah membadai Louisiana, Amerika Syarikat awal Khamis lalu.

Taufan kategori 4 ini telah meninggalkan kesan kerosakan di beberapa kawasan di Louisiana dan Texas.

“Kerosakannya amat luas. Kelihatan kita menghadapi banyak kerosakan struktur daripada angin,” kata Gabenor Louisiana, John Bel Edwards seperti dilapor CNN.

Sekurang-kurangnya empat maut setelah beberapa pokok tumbang menimpa kediaman penduduk, lapor portal itu.

Satu rakaman ‘menggerunkan’ turut dikongsi sebuah laman di Twitter. Berdasarkan perkongsian Weather Nation, kedengaran bunyi kuat desingan angin melintasi di hadapan sebuah lobi kasino di Lake Charles.

Rata-rata orang ramai meluahkan rasa gerun mendengar bunyi berkenaan. Malah bunyi tersebut turut mengingatkan sebahagian mereka tragedi Taufan Irma pada 2018 yang menyebabkan kerosakan bernilai sekitar 50 bilion dolar.

Taufan kategori 5 itu telah membunuh 44 orang secara langsung disebabkan angin kuat dan hujan lebat serta 85 yang lain secara tidak langsung.

Berikut merupakan bunyi angin yang terhasil di ruang lobi sebuah bangunan ketika taufan Laura mengganas yang sempat dirakam individu di lokasi kejadian.

Pengalaman terburuk hidup saya dengar bunyi ini selama 24 jam ketika taufan Irma melanda

Menakutkan, tak pernah dengar bunyi begini sebelum ini

Sumber: Weather Nation, CNN, AP News

The post (Video) Gerun, Bunyi Angin Kuat Lalu Dalam Kasino Ketika Taufan Laura Berkelajuan 193kmj Badai Amerika Dirakam appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments