(Video) Gelagat Oyen Sesat, Selamba Masuk Rumah Orang & ‘Terkangkang’ Buat Macam Rumah Sendiri

Sebut sahaja ‘Oyen’, terus terlintas dalam kepala kita yang kucing ini dikatakan paling banyak buat hal.

Daripada banyak-banyak baka kucing, kebanyakan netizen mengakui bahawa Oyenlah kucing yang sangat terkenal di media sosial.

Kes panjat almarilah, kes koyakkan kerja sekolahlah, kes tidur keluar air liur basilah dan macam-macam perangai lagi.

Bukan sahaja sikap nakalnya yang sangat menyakitkan hati (tapi nak marah sayang), malah fizikalnya juga turut menjadi bahan ketawa, seperti yang dikongsikan oleh Farhan Ismail di Facebook ini.

BACA: (Video) “Bukan Kaleng-Kaleng”, Aksi ‘Oyen’ Baru Angkat Punggung, Anjing Terus Cabut Lari

Oyen terlibat kes pecah masuk, selamba buat macam rumah sendiri

Seorang pengguna Twitter, @MustaqimJiwa berkongsi rumahnya ‘dipecah masuk’ oleh seekor Oyen sesat yang entah dari mana-mana.

Sudahlah masuk tanpa kebenaran, selamba pula Si Bulus ini duduk terkangkang membelakangkan Mustaqim.

“Owner pun tak larat nak jaga,”

Sudahlah lari dari rumah tuannya tanpa khabar berita, masuk pula ke rumah sini dengan sesuka hati.

Selamba badak betul si Oyen ni kan. Mentang-mentanglah comel gebu-gebas dan disayangi ramai, suka hati dia saja nak buat begitu di rumah orang.

Oyen anda pula bagaimana?

Sumber: @MustaqimJiwa

The post (Video) Gelagat Oyen Sesat, Selamba Masuk Rumah Orang & ‘Terkangkang’ Buat Macam Rumah Sendiri appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments