(Video) Gelagat Dua Gorila ‘Usyar’ Ulat Kecil Sebelum Tolak Jatuh Ke Longkang Undang Tawa

Sebuah video yang menyaksikan telatah dua ekor gorila yang sedang asyik melihat ulat telah tular di media sosial.

Gorila yang dipanggil Shabani itu menatap ulat kecil yang berada di atas lantai kandangnya dengan sangat khusyuk.

Menerusi video itu, Shabani juga bagaikan sedang mendorong anaknya, Kiyomasa,  untuk melihat serangga itu namun tidak lama selepas itu ulat itu akhirnya ditolak jatuh ke dalam longkang.

Video itu dipercayai dirakam di kandang gorila di Higashiyama Zoo, Nagoya, di selatan Jepun.

Shabani yang dipercayai berumur 23 tahun telah hidup di zoo itu sejak 2007 apabila dia telah dipisahkan dari keluarganya di Taronga Zoo di Sydney, Australia untuk membantu Higashiyama dengan program pembiakan mereka.

Haiwan itu juga dipuji kerana sering bermain dan melindungi keturunannya. Itu menjelaskan mengapa dia dan Kiyomasa sangat terpegun dengan ulat kecil yang memasuki kandang mereka.

Sumber: Daily Mail

The post (Video) Gelagat Dua Gorila ‘Usyar’ Ulat Kecil Sebelum Tolak Jatuh Ke Longkang Undang Tawa appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments