(Video) “Doakan Yang Baik-Baik Untuk Kami,” Syamel Dan Erni Sah Ikat Tali Pertunangan

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi bersuara tinggi, Ernie Zakri kini mengikat tali pertunangan dengan pasangan pilihannya Syamel pada Sabtu lalu di kediamannya.

Menerusi laman Instagram pasangan ini mereka memuatnaik foto-foto sekitar majlis pertunangan. Boleh dilihat menerusi kiriman tersebut, hanya keluarga dan sanak saudara terdekat sahaja hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Alhamdulillah. Terima kasih mendoakan yang baik baik untuk kami. Semoga dipermudah urusan hingga akhir hayat. Semoga perjalanan yang bermula dengan majlis pertunangan yang sederhana bersama kaum keluarga ini diredhai dan diberkati.

Ini antara foto-foto indah sekitar majlis pertunangan mereka  yang dimuatnaik di Instagram masing-masing pada hari ini.

Bagai pinang dibelah dua, pasangan penyanyi ini mula rapat sejak tahun 2018. Bagaimanapun, mereka ‘mengunci’ mulut dan mengakui hanya berkawan rapat. Pada Sabtu lalu terbukti dengan ikatan pertunangan ini.

Bagaimanapun, sebuah video dari Instagram milik Syamel telah mencuit hati penonton dengan gelagat comel Ernie ketika sesi fotografi.

Rata-rata rakan artis turut tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah dan tumpang gembira dengan khabar berita ini.

“Senyap ja tau tau sampai”

“Semoga dipermudahkan segalanya”

“Patutlah tak free nak buat vocal class. Rupanya nakk bertunang “

Sumber: Instagram Syamel

The post (Video) “Doakan Yang Baik-Baik Untuk Kami,” Syamel Dan Erni Sah Ikat Tali Pertunangan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments