(Video) Detik Mendebarkan Dipercayai Letupan Di Lubnan Dalam Jarak Yang Lebih Dekat Buat Netizen Bimbang Nasib Perakam

video letupan lubnan

Sebuah rakaman didakwa paling dekat dengan lokasi kejadian letupan di Lubnan tular di media sosial.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan kebakaran dan asap dari jarak dekat sebelum berlaku letupan susulan yang lebih besar.

Bayang-bayang perakam turut sempat dilihat beberapa saat sebelum letupan itu menyebabkan kamera terpelanting dan ‘berterbangan’ dalam kepulan debu.

Bagaimanapun, nasib perakam tidak diketahui.

Susulan itu, orang ramai mendoakan agar perakam terselamat dari tragedi itu. Ada juga yang mendakwa rakaman tersebut merupakan siaran langsung dan meragui jika perakam terselamat dan masih hidup.

Sementara itu, satu lagi video letupan jarak dekat turut menimbulkan kerisauan orang ramai terhadap nasib perakam.

Dalam video itu, seorang individu merakam detik letupan pada jarak beberapa puluh meter sebelum secara tiba-tiba letupan besar melanda dan memusnahkan kenderaan serta bangunan berhampiran.

Impak tragedi itu membuatkan kamera terjatuh dan nasib perakam tidak diketahui.

Letupan di Beirut, Lubnan itu dilaporkan menghasilkan gelombang seismik menyerupai gempa bumi berkekuatan 3.3 skala richter.

Bunyi letupan itu turut dipercayai dapat didengari pada jarak sejauh 200 kilometer dan boleh didengari di Cyprus merentasi lautan Mediterranean.

Tragedi berkenaan dilaporkan turut merosakkan bangunan sekitar pada jarak sejauh 10 kilometer.

Gambar: Google Maps

Sumber: pafupafu2020

The post (Video) Detik Mendebarkan Dipercayai Letupan Di Lubnan Dalam Jarak Yang Lebih Dekat Buat Netizen Bimbang Nasib Perakam appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments