(Video) Detik Cemas Wartawan ‘Tumbang’ Ketika ‘Live Interview’ Kesan Daripada Letupan Di Lubnan

letupan lubnan

Seorang wartawan BBC, Maryem Taoumi menghadapi detik cemas apabila terkena tempias letupan di Lubnan semalam.

Ketika kejadian, Maryem sedang menjalani temubual secara langsung bersama seorang pengurus projek Agensi Tenaga Lestari Maghribi, Faisal Al-Aseel.

Detik kejadian telah terakam dan dikongsikan BBC Arabic melalui laman Twitter mereka.

Dalam video berkenaan, kelihatan letupan berlaku tidak lama selepas mereka memulakan perbualan.

Letupan kuat itu membuatkan kamera Maryem terjatuh sekaligus merakam serpihan kaca yang berjatuhan di atas lantai.

Maryem kemudiannya dilihat berlindung di bawah meja sebelum menamatkan perbualan tersebut dalam keadaan cemas.

Sumber: BBC Arabic

The post (Video) Detik Cemas Wartawan ‘Tumbang’ Ketika ‘Live Interview’ Kesan Daripada Letupan Di Lubnan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments