(Video) Detik Cemas Lima Sekeluarga Dalam Kereta Dihanyutkan Arus Deras, 4 Daripadanya Dilaporkan Maut

Banjir yang menimpa Yaman dilapor telah meragut sekurang-kurangnya 130 nyawa setakat awal Ogos ini.

Dalam satu video tular dikongsikan media tempatan, kelihatan beberapa individu termasuk kanak-kanak terperangkap dalam sebuah jip yang dihanyutkan air dipercayai berlaku di wilayah Ibb.

Mereka sempat mengeluarkan kepala ke tingkap bagi meminta pertolongan, namun tidak berjaya disebabkan arus yang deras.

Kelihatan jip tersebut terbalik beberapa kali ketika dibawa arus deras berkenaan.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian dilihat cuba membantu dan berlari mengekori kenderaan tersebut dari tebing berhampiran. Pun begitu, usaha mereka terhalang berikutan arus yang terlalu deras.

Menurut Al-Manara.net, tragedi bermula apabila pemandu jip berkenaan dipercayai cuba meneruskan pemanduan mengharungi arus bersama lima penumpang dipercayai isteri dan empat anaknya.

Malang menimpa mereka apabila kenderaan itu akhirnya hanyut dibawa arus kuat. Hanya si ayah yang terselamat daripada turut hanyut.

Mayat seorang wanita dilaporkan telah ditemui dalam bangkai kenderaan itu manakala tiga lagi mangsa berusia 6 hingga 13 tahun ditemui di kawasan berasingan.

Sementara itu, mayat seorang lagi mangsa berusia 14 tahun masih belum ditemui setakat petang semalam (waktu Yaman).

Menurut media tempatan, hujan lebat dan arus deras telah merosakkan pelbagai fasiliti dan harta para penduduk termasuk tanah pertanian.

Sekitar lebih daripada 35,000 keluarga telah terjejas berikutan hujan dan banjir melanda negara itu sejak awal bulan, termasuk wilayah Sanaa, Hajjah, Marib dan Hodeidah.

Sumber: Al-Manara.net, NABD.com

The post (Video) Detik Cemas Lima Sekeluarga Dalam Kereta Dihanyutkan Arus Deras, 4 Daripadanya Dilaporkan Maut appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments