(Video) Detik Cemas Kereta Tiba-Tiba Berpusing Di Tengah ‘Highway’, Nyaris Dirempuh Lori Kontena

Hampir setiap hari, kemalangan di jalan raya dilaporkan berlaku yang menyebabkan kecederaan dan kehilangan nyawa. Kemalangan yang berlaku juga boleh terjadi walaupun pemandu telah berhati-hati.

Begitulah juga yang dialami oleh keluarga gadis ini namun nasib menyebelahi mereka kerana selamat dalam kejadian itu.

Menerusi kiriman yang dimuatnaik oleh Nad di laman Twitter, beliau berkongsi video detik-detik semasa kereta yang dipandu oleh bapanya tiba-tiba berpusing dan nyaris dirempuh oleh lori kontena.

Terdapat empat orang yang berada di dalam kereta semasa kejadian, Nad memanjat kesyukuran kerana Allah menyelamatkan nyawa mereka sekeluarga.

Menurut Nad, kejadian yang dipercayai berlaku di lebuhraya dari Skudai ke Sri Ledang, Tangkak menuju keluar ke tol Bukit Gambir itu juga didakwa berpunca dari kepingan besi yang tersekat di ‘spring’ tayar belakang dan menyebabkan brek tersangkut dan hilang kawalan.

Video yang dirakam melalui ‘dashcam’ itu juga menyaksikan kereta mereka hampir dilanggar oleh lori kontena yang melalui lebuhraya itu beberapa saat selepas kereta mereka berhenti berpusing.

Tambah gadis tersebut, kenderaan yang dipandu oleh bapanya tidaklah terlalu laju ketika itu disebabkan mereka sudah menghampiri tol berdekatan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet juga memanjat kesyukuran dan mendoakan agar keluarga Nad berada dalam keadaan baik. Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman mereka kemalangan di lebuhraya.

Sumber: Nad

The post (Video) Detik Cemas Kereta Tiba-Tiba Berpusing Di Tengah ‘Highway’, Nyaris Dirempuh Lori Kontena appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments