(Video) Budak Perempuan Ditemui Hidup Dipercayai Setelah 24 Jam Terperangkap Di Bawah Runtuhan Di Beirut

Ini adalah detik-detik mencemaskan mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui masih hidup selepas dipercayai terperangkap selama 24 jam dalam runtuhan yang berlaku akibat letupan besar di Beirut, Lubnan, lapor Daily Mail.

Ketika operasi mencari dan menyelamat orang ramai yang dilaporkan hilang dan terperangkap dalam runtuhan susulan daripada letupan tersebut masih sibuk berjalan, rakaman mengenai penyelamatan kanak-kanak terbabit telah muncul dan tular di media sosial.

Dengan berbekalkan lampu suluh, kru-kru penyelamatan dilihat sedang berusaha mengalihkan sisa runtuhan tersebut sekitar gadis itu.

Menurut Daily Mail, media tempatan melaporkan bahawa video itu adalah merupakan video yang dirakam susulan daripada letupan besar itu.

Kanak-kanak itu dilaporkan telah terperangkap selama 24 jam di dalam runtuhan tersebut.

Susulan daripada kejadian itu, menteri kesihatan Lebanon menyatakan bahawa sekurang-kurangnya seramai 135 orang telah dilaporkan maut manakala 5,000 lagi cedera. Angka kematian itu walau bagaimanapun dijangka akan terus bertambah kerana ramai lagi mangsa yang masih tidak ditemui, memetik laporan Daily Mail.

Kerajaan Lubnan menyifatkan Beirut sebagai ‘bandar bencana’ berikutan daripada letupan besar yang berlaku di pelabuhan bandar itu selepas 2,700 tan ammonium nitrat terbakar.

Letupan itu juga telah mengejutkan dunia. Pelbagai negara yang bersimpati dilaporkan tampil menghulurkan bantuan.

Sumber: Daily Mail

The post (Video) Budak Perempuan Ditemui Hidup Dipercayai Setelah 24 Jam Terperangkap Di Bawah Runtuhan Di Beirut appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments