(Video) Buat Hal Lagi, Oyen Kena Sepak Dengan ‘Member’ Lepas Kantoi Curi Paket Ikan Bilis

Kucing adalah sejenis haiwan yang terkenal dengan sifat manja dan comelnya. Pun begitu, setiap kucing mempunyai sifat-sifat dan telatahnya yang tersendiri.

Seperti ramai yang ketahui antara kucing yang paling banyak buat hal sekali ialah kucing yang berwarna oren atau pun lebih dikenali dengan ‘si oyen’.

Menerusi satu perkongsian video di Twitter, gelagat si oyen ini yang dirakamkan kantoi mencuri ikan bilis daripada tuannya.

Video tersebut memaparkan seekor kucing berwarna oren yang tidak mahu mengalah berebut ikan bilas itu daripada tuannya walaupun sudah terkantoi mencuri.

Susulan daripada tertangkapnya oyen itu, lebih melucukan lagi apabila ketika di akhir-akhir video berkenaan, terdapat satu tangan iaitu kawan kepada oyen itu sepak mukanya.

Video terbabit telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih seribu kali daripada warganet.

Sumber: Twitter

The post (Video) Buat Hal Lagi, Oyen Kena Sepak Dengan ‘Member’ Lepas Kantoi Curi Paket Ikan Bilis appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments