(Video) “Antara Duka Sinabung Dan COVID-19,” Pagi Persis Malam, Penduduk Kongsi Rakaman Letusan Gunung Berapi

Sebuah desa di Kabupaten Karo, Indonesia kelihatan gelap-gelita apabila diselubungi abu daripada letusan gunung berapi Sinabung di Sumatera Utaran.

Susulan daripada itu, warga tempatan dilaporkan tidak berani keluar ke rumah apabila suasana siangnya bertukar persis waktu malam.

“Gelap sekali jam 10 pagi, serasa malam akibat debu, sampai saat ini lampu rumah tetap dinyalakan,” ujar Teran Wanto Sembiring, salah seorang penduduk tempatan.

“Karena erupsi itu, desa kita ini sempat gelap dan warga tidak berani keluar rumah,” sambungnya.

Seorang lagi pengguna media sosial berkongsi luahan ketika dunia kini sedang berperang dengan wabak virus COVID-19, negaranya diuji dengan letusan gunung berapi yang kembali aktif.

“Sekitar Gunung Sinabung dapat Hujan Abu…Antara Duka Sinabung dan Duka COVID-19.”

Ini pula berdasarkan video-video yang dimuatnaik di laman Twitter dan Facebook menunjukkan keadaan kawasan Gunung Sinabung selepas letusan tersebut. Keadaan menjadi hujan ‘abu’ dan bandar tersebut kelihatan malap kegelapan.

Bagaimanapun, angka mangsa yang terkorban dan cedera masih tidak dikenalpasti.

Posted by Lipan Baraa on Sunday, August 9, 2020

Posted by Lipan Baraa on Sunday, August 9, 2020

Posted by Lipan Baraa on Sunday, August 9, 2020

Posted by Lipan Baraa on Sunday, August 9, 2020

Sumber: Tribun Jabar, Twitter #GunungSinabung

The post (Video) “Antara Duka Sinabung Dan COVID-19,” Pagi Persis Malam, Penduduk Kongsi Rakaman Letusan Gunung Berapi appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments