(Video) Adik Ini Menangis ‘Oyen’ Rosakkan Kerja Sekolahnya, Si Kucing Terlantar Lepas Penat Buat ‘Jahat’

Perasan tak kucing warna Oren sering menjadi bualan ramai kerana sifatnya yang nakal dan ‘selamba’ membuatkan orang ramai tidak berpuas hati dengannya. Tidak dinafikan, kucing peliharaan sangat comel dan sering menunjukkan aksi yang mencuit hati.

Tetapi, nasib seorang adik perempuan ini tidak baik apabila kucing peliharaannya yang bernama “Oyen” telah merosakkan kerja sekolahnya.

“Disebabkan seekor Oyen rosak homework 3 muka”

Menerusi video tersebut, adik ini menangis kekecewaan apabila kucing kesayangannya telah ‘mengoyakkan’ tiga helai muka surat kerja sekolahnya. Kalau perkara ini terjadi pada korang, mesti akan ‘stress’ jugak kan? Ya lah, bila si ‘pelaku’ bersenang lenang tidsur setelah buat kerja jahat.

Apa yang membuatkan adik ini ‘panas hati’ apabila Si Oyen ‘selamba’ tidur setelah ‘penat’ rosakkan kerja sekolah tuannya.

Susulan daripada kes tersebut, si kucing tersebut dikatakan telah diperintah berkurung selama sehari setelah melakukan kesalahan mengoyak kerja sekolah budak perempuan terseubt. Bahkan lebih menyedihkan, kerja sekolah tersebut langsung tidak ditanda oleh gurunya kerana itu hanya kerja sekolah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Oyen dibebaskan dari hukuman dikurung sehari di dalam sangkar.

 

Sumber: Amar Zahidin

 

The post (Video) Adik Ini Menangis ‘Oyen’ Rosakkan Kerja Sekolahnya, Si Kucing Terlantar Lepas Penat Buat ‘Jahat’ appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments