(Video) “7 Minit Mencintaimu 2,” Satu Keluarga Terjebak, Buat Parodi Babak Khuzairi Halau Mia

Siapa saja yang tak terpengaruh dengan jalan cerita drama yang sedang ‘hangat’ menjadi bualan ramai di seluruh Malaysia itu.

Akibat daripada penangan drama tersebut, gelagat sekeluarga ini  membuat lakonan semula secara parodi buat ramai terhibur.

Menurut Ikmal semasa dihubunginya sebentar tadi, ini merupakan idea dia dan adiknya setelah menonton beberapa video parodi tentang babak di mana Khuzairi meninggikan suara kepada Mia saat malam perkahwinannnya di dalam drama tersebut.

“Video tu hanya suka-suka ja kami nak buat tapi tak sangka yang boleh viral sampai macam tu.”

Mula-mula adik tunjuk kat saya video yang orang lain buat. Lepas itu, saya terfikir macam nak buat jugak malam tu, terus ajak keluarga buat video tersebut.

Katanya lagi, keluarganya tidak mempunyai masalah dan sanggup bekerjasama untuk jayakan video ini. Dia tidak menyangka video “7 Minit Mencintaimu 2” ini boleh tular di media sosial.

Inilah foto keluarga yang sangat ‘sporting’ bersepakat untuk buat parodi ini.

 

Sumber: Shah Ikmal

The post (Video) “7 Minit Mencintaimu 2,” Satu Keluarga Terjebak, Buat Parodi Babak Khuzairi Halau Mia appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments