Trik Menabung Untuk Ibadah Korban Tahun Depan, Cuma Simpan RM0.95 Sen Sehari Dapat Satu Bahagian

Mungkin ada yang berhajat nak buat ibadah korban tahun ini tak kesampaian kerana kekangan kewangan. Yalah kalau ikut harga sekarang, 1 bahagian lembu saja dah cecah RM700, jika korban di dalam negara.

Kalau keluar duit sekali gus memang agak terasa, apa kata kalau buat tabungan sedikit demi sedikit untuk ibadah korban tahu depan seperti dikongsi oleh

Tempoh menabung tak sampai setahun, selama 345 hari. Boleh mula 8/8/2020 hingga menjelang ibadah korban tahun depan 18/7/2021.

Harga bahagian korban VS tabungan

Dalam Negara :

1 bahagian lembu = RM 700 bahagi 345 hari = RM2.05 sehari

1 ekor Lembu = RM 4,900 bahagi 345 hari = RM14.25 sehari

1 ekor kambing = RM1000 bahagi 345 hari = RM2.90

Sekiranya mahu harga yang lebih murah bolehlah melakukan korban di luar negara

Harga bahagian korban di luar negara (Bangladesh, Kemboja dan Indonesia)

1 bahagian Lembu RM320 bahagi 345 hari = RM0.95 sehari

1 Ekor Lembu = RM 2,240 bahagi 345 hari = RM6.50 sehari

1 ekor kambing = RM 550 sahaja bahagi 345 = RM1.50

The post Trik Menabung Untuk Ibadah Korban Tahun Depan, Cuma Simpan RM0.95 Sen Sehari Dapat Satu Bahagian appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments