Tip Simpan Limau Kasturi Boleh Tahan Berbulan-bulan Lamanya

 

Nak pakai sebiji dua saja tapi kalau beli di pasar raya ada yang dah siap pek dalam jumlah banyak. Sudahnya baki terbiar kering atau busuk.

Sudah limau kasturi, lemon yang kita beli tak membazir boleh ikut tip yang dkongsi Siti Fatimah Abas ini. Cara ini berbulan-bulan boleh simpan.

1. Potong dua limau yang nak disimpan supaya mudah nak perah nanti.

2. Kemudian perah, guna tapis untuk asingkan biji.

3. Dah dapat secawan

4. Sudukan ke dalam bekas kiub ais.

5. Simpankan dalam peti sejuk beku semalaman supaya betul-betul beku.

6. Esoknya dah boleh keluarkan dan simpan dalam bekas. Bila nak guna senang, cuma ambil seketul dua yang perlu untuk masak.

Nak guna untuk buat teh o limau, sambal belacan ambil saja.

Selamat mencuba!

Sumber Siti Fatimah Abas

The post Tip Simpan Limau Kasturi Boleh Tahan Berbulan-bulan Lamanya appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments