TERKINI: PKPP Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2020 – PM

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu sidang media sebentar tadi.

Menurut beliau, ini bagi memastikan semua pihak kekal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) berikutan virus ini menular secara aktif di seluruh dunia.

Hari ini, negara mencatat 10 kes positif baharu Covid-19 dan dua kes daripadanya adalah kes penularatan tempatan. Manakala, selebihnya adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Sesungguhnya, kita masih belum menang dalam perang melawan virus ini, di peringkat global lebih 20 juta kes dicatatkan sehingga hari ini dan lebih 700 ribu kematian direkodkan.

Sumber: Sidang Media Khas PM

The post TERKINI: PKPP Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2020 – PM appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments