TERKINI: Pihak Polis Akan Batalkan Saman Yang Dikeluarkan Kerana Tidak Pakai Pelitup Muka Dalam Kenderaan Persendirian

Polis akan membatalkan saman yang dikeluarkan kepada individu yang didapati melakukan kesalahan kerana tidak memakai pelitup mula ketika berada di dalam kenderaan persendirian.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa keputusan tersebut diputuskan selepas berbincang dengan pihak polis serta pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Saya dah berbincang dengan pihak polis dengan pihak kementerian kesihatan, pihak polis akan membatalkan saman-saman tersebut.

“Kalau mereka dah pun membayar kepada kementerian kesihatan, mereka boleh menuntut semula bayaran tersebut kepada kementerian kesihatan”, ujarnya.

Sidang media perkembangan terkini PKPP | 3 Ogos 2020

[LANGSUNG] – Sidang media perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob | 3 Ogos 2020

Posted by Bernama TV on Sunday, August 2, 2020

Sumber: Bernama TV

The post TERKINI: Pihak Polis Akan Batalkan Saman Yang Dikeluarkan Kerana Tidak Pakai Pelitup Muka Dalam Kenderaan Persendirian appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments