TERKINI: 11 Kes Positif Baharu, 9 Kes Tempatan Termasuk 5 Kes Dari Kluster Tawar Di Kedah

Pada hari ini, 25 Ogos. Terdapat kes baharu Covid-19 kembali dua digit iaitu 11 kes hari ini melibatkan 9 kes tempatan dan 2 import. Jumlah kumulatif kes baru meningkat kepada 9,285.

Bagaimanapun, terdapat 6 kes telah sembuh. Hal ini telah meningkatkan jumlah kumulatif kes sembuh kepada 8,971.

Perkara ini disampaikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di sidang media petang ini.

Menerusi sidang media tersebut, beliau memaklumkan bahawa daripada 9 kes tempatan, 7 adalah di Kedah termasuk 5 kes dari Kluster Tawar (generasi ketiga). Dimaklumkan bahawa pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi adalah 8 orang dan seramai 6 pesakit memerlukan alat penafasan.

KKM juga memaklumkan bahawa tiada kes kematian setakat hari ini. Kes kematian di negara ini kekal kepada 125 kes. Empat kluster tamat dan tiada kluster baharu.

Sidang Media: Perkembangan Terkini COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday, 25 August 2020

Sumber: Sidang media KKM

The post TERKINI: 11 Kes Positif Baharu, 9 Kes Tempatan Termasuk 5 Kes Dari Kluster Tawar Di Kedah appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments