Sudah 21 Kes Positif Covid 19 ‘Kluster Sivagangga’,rupanya tidak ada rekod butiran pelanggan.Ini Respon Dr Noor Hisham

SUDAHLAH tidak mematuhi arahan kuarantin di rumah malah pemilik kedai yang menjadi punca Kluster Sivagangga langsung tidak merekodkan kehadirian pelanggan.

Disebabkan pemilik kedai yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP)  petugas di Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Kesihatan Negeri mengalami kesukaran dalam menjalankan sepenuhnya aktiviti pengesanan kontak rapat.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga pukul 12 tengah hari, sebanyak 425 orang sudah disaring.

“Daripada jumlah ini, 21 kes dikesan positif Covid-19, 362 negatif dan 42 masih menunggu keputusan,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Satu kes baharu dilaporkan dalam kluster ini (iaitu kes ke-9000) yang membabitkan pelanggan tetap kedai makan tersebut.

“Dia sudah menjalani saringan Covid-19 kendiri di sebuah fasiliti kesihatan swasta pada 27 Julai lalu dan keputusan saringan Rapid Test Kit Antibody didapati negatif. Namun, pada 31 Julai dia mula mengalami gejala demam dan batuk namun tidak menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Klinik Kesihatan terdekat untuk rawatan segera.

“Hanya satu hari kemudiannya, iaitu selepas pembabitan dalam aktiviti-aktiviti semasa Hari Raya Aidiladha, kes memaklumkan bahawa dia adalah kontak rapat kepada kes indeks. Susulan itu, saringan dijalankan dengan menggunakan ujian RT-PCR dan kes didapati positif Covid-19,” katanya.

Susulan itu, katanya, individu terbabit dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan.

Noor Hisham berkata, Kluster Sivagangga antara beberapa kluster yang berpunca daripada mereka yang pulang dari luar negara dan tidak mematuhi arahan kuarantin di rumah.

“Selain Kluster ini, terdapat juga kluster-kluster aktif lain yang didapati berpunca daripada kes import yang tidak mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) yang dilaksanakan dari 10 Jun hingga 23 Julai 2020.

“Kluster-kluster itu ialah Kluster Elsa, Kluster PUI Novgorod, Kluster PUI Pitakwa, Kluster PUI Melbourne, Kluster PUI Ramnad, Kluster PUI Al Khobar dan Kluster PUI Shirala,” katanya.

Sumber : suaramerdeka

The post Sudah 21 Kes Positif Covid 19 ‘Kluster Sivagangga’,rupanya tidak ada rekod butiran pelanggan.Ini Respon Dr Noor Hisham appeared first on News Viral.




Post a Comment

0 Comments