Step By Step Mudah Tanam Tembikai, 2 Bulan Dah Boleh Makan Hasilnya

Tengok tembikai merah dan kuning menyerlah macam ni memang menggiurkan. Lagi puas hati kalau tembikai yang dimakan tu tanam sendiri.

Kalau nak tahu tanam tembikai ini tak lah susah. Paling best dua bulan lepas tanam dah boleh makan.

Cara nak tanam boleh rujuk tutorial yang dikongsi oleh Asrul Achoi.

Ambil biji tembikai, bersihkan.

Lapik tisu dalam dulang kemudian tabur biji tembikai tadi. Tutup dengan tisu.

Basahkan tisu dan biarkan. Boleh letak atas meja saja.

Perhatikan setiap hari kalau tidur kering, renjis dengan air supaya tisu lembap semula.

Ulang proses ini sampai biji tembikai tadi keluarkan tunas dalam 6-7 hari

Bila dah keluarkan tunas boleh alihkan ke tapak semaian.

Saya gunakan rumput laman yang dipotong untuk suburkan tanah, biarkan ia reput.

Bila pokok tembikai dah naik, saya ikat dengan tali sebagai sokongan supaya pokok tidak patah akibat dipukul angin.

Bila dah berbuah, buang bunga supaya semua zat akan pergi kepada buah. sebaiknya juga dalam sepokok tinggalkan dua biji buah barulah segala zat akan ke buah. jadi buah akan lebih besar.

Sebulan selepas ditanam buah akan mula berputik. Dua bulan selepas ditanam, boleh tuai hasilnya.

Tip nak tahu buah sudah boleh dipetik boleh lihat pada buah ada bebenang yang berpintak.

Apabila bebenang dah bertukar warna dari hijau muda kepada coklat tua tandanya buah dah sedia dipetik.

Selepas petik peram dalam 2-3hari barulah tembikai lebih manis

The post Step By Step Mudah Tanam Tembikai, 2 Bulan Dah Boleh Makan Hasilnya appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments