Step By Step Buat Sotong Celup Tepung Sedap Chruncy, Tepung Tak Tanggal Waktu Digoreng

Kita selalu tertanya-tanya kenapa tepung celup tepung yang makan di kedai sedap ranggup dan tak
tanggal pun tepungnya.

Sedangkan bila kita buat, habis luruh tepungnya. Itu belum lagi meletup-letup dalam kuali.

Supaya lepas ni sotong celup tepung kegemaran kita elok kejadiannya, rangup, tepungnya melekat elok boleh ikut tip dari Fatihah Aziz ini.

Menariknya untuk hasilkan sotong celup tepung yang crunchy ini dia tak gunakan tepung segera pun sebaliknya buat sendiri bancuhan
tepung. Tip penting katanya bancuhan kena sejukkan dulu!

Sotong celup tepung yang sedap chrunchy

Bahan untuk bancuhan tepung kering:

1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung.
1 sudu besar garam
Campur 3 jenis tepung ini dan gaul rata.

Bahan bancuhan tepung basah
Ambil sedikit tepung yg dah digaul rata tadi
Tambah 1 biji telur & sedikut air (secukupnya).
Adunan tepung tak cair sangat dan tak pekat sangat. Sedang-sedang saja.

Rendam sekejap sotong dengan air panas dalam 2-3 minit bagi kembang supaya mudah bila nak celup tepung sebelum menggoreng

Ok, da siap Tepung Basah tadi, boleh masukkan sotong ke dalamnya & gaul rata macam ni.

Siap 2 bahan
– Tepung Basah yg dah dicelup sotong dalamnya
– Tepung Kering utk celupan ke 2 sebelum goreng

Dua bahan ini masuk dalam peti ais. Biarkan sejuk dalam 20-30 minit.

Dah sejuk tepungnya bolehlah keluarkan. Celup sotong (yg dah terendam dengan tepung basah tadi) dengan
tepung kering. Gaul rata, bagi keseluruhan sotong mesti kena tepung.

Dah boleh goreng

Ni la hasilnya Sotong Celup Tepung.

Selamat mencuba

Sumber: Fatihah Aziz

The post Step By Step Buat Sotong Celup Tepung Sedap Chruncy, Tepung Tak Tanggal Waktu Digoreng appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments