Shell Nak Cari Peniaga SME, Bagi Peluang Besarkan Bisnes

Berita baik untuk seluruh rakyat Malaysia, khususnya buat pengusaha industri kecil dan sederhana (SME) kerana produk keluaran syarikat anda mungkin terpilih untuk dipromosi dan dipasarkan dalam rangkaian stesen minyak salah satu syarikat terkenal di Malaysia.

Untuk pengetahuan anda semua, peluang sekali seumur hidup ini dibawakan oleh Shell Malaysia melalui kempen Realisasi Impianmu Bersama Shell sempena bulan Kemerdekaan ini.

Shell Malaysia sebelum ini memang sudah terkenal dengan usahanya untuk memperkasa industri SME, salah-satunya melalui program Retailer’s Choice di semua stor miliknya dimana pengusaha-pengusaha SME terpilih diberi ruang khas untuk menjual produk keluaran mereka di stesen minyak.

Salah seorang pengusaha SME yang menerima manfaat ini adalah Puan Zainon. Dengarkan sendiri dari mulut Puan Zainon bagaimana peluang yang ditawarkan oleh Shell Malaysia menjadikan perniagaannya semakin rancak dan untung bertambah.

Jadi, apa sebenarnya kempen Realisasi Impianmu Bersama Shell ini?

Ok, kempen Realisasi Impianmu Bersama Shell ini adalah sebuah pertandingan dimana menyasarkan penyertaan daripada pengusaha-pengusaha SME yang mempunyai impian besar untuk mengembangkan perniagaan dan mahu produk mereka dikenali di seluruh tanah air.

Semua pengusaha SME yang mengeluarkan produk seperti snek (cth: keropok), konfeksioneri (cth: roti, biskut dan kek), minuman-minuman tidak beralkohol, ataupun produk ready-to-eat (cth: makanan sejuk beku) amat-amat digalakkan untuk menyertai pertandingan ini.

Tiga pengusaha SME bertuah yang dipilih, produk keluaran syarikat mereka akan dipasarkan di semua stor stesen minyak Shell seluruh Malaysia.

Rakyat Malaysia juga boleh memilih pemenang

Untuk memilih pemenang, Shell Malaysia turut menjemput para pelanggan dan rakyat Malaysia untuk turut serta dan mengundi bagi memilih produk kegemaran mana yang mahu dipasarkan di bawah kempen Realisasi Impianmu Bersama Shell.

Undian boleh dibuat di laman web Shell Malaysia apabila senarai akhir 20 peserta dikeluarkan nanti.

Syarat-syarat penyertaan perlu anda tahu

Jika anda mahu dipilih sebagai salah seorang pemenang kempen Realisasi Impianmu Bersama Shell, berikut adalah syarat-syarat yang pengusaha SME perlu penuhi:

1. Pengusaha adalah rakyat Malaysia.

2. Syarikat yang diusahakan adalah syarikat yang sah dan mempunyai nombor pendaftaran dengan SSM.

3. Syarikat mampu beroperasi pada skala penuh bagi membekalkan produk di stesen-stesen minyak Shell di seluruh Malaysia.

4. Produk yang dijual bersifat inovatif dan menyokong ekonomi komuniti.

Macam mana nak sertai kempen Realisasi Impianmu Bersama Shell ini?

Untuk menyertai kempen ini, pengusaha-pengusaha SME yang berminat perlu mendaftarkan penyertaan secara atas talian di www.shell.com.my/MalaysianDream bermula 18 OGOS SEHINGGA 11 SEPTEMBER 2020.

Ini hadiah lumayan yang menanti anda pemenang

Kami dah kongsikan semua syarat-syarat, bagaimana pemenang dipilih dan cara-cara menyertai kempen Realisasi Impianmu Bersama Shell, kini tibalah saat yang ditunggu-tunggu, iaitu tak lain tak bukan, hadiah yang menanti semua pemenang.

Shell Malaysia akan memilih TIGA PEMENANG daripada senarai akhir 20 pengusaha-pengusaha SME dan mereka ini akan ditawarkan Shell Private Label Contract dimana mereka diberi stor tetap untuk memasarkan produk mereka di semua stesen minyak di seluruh Malaysia bermula Januari 2021 dan kedepan.

Manakala baki pengusaha-pengusaha SME yang lain pula akan menerima hadiah saguhati dimana produk-produk mereka diberi peluang untuk dipasarkan di stor-stor terpilih sama ada secara nasional, daerah ataupun stesen-stesen minyak yang ditentukan oleh Shell Malaysia sendiri.

Menarikkan, jangan lepaskan peluang sekali seumur hidup ini. Mana tahu nasib anda cukup bertuah dan hidup anda bakal berubah nanti.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web dan Facebook Shell Malaysia.

The post Shell Nak Cari Peniaga SME, Bagi Peluang Besarkan Bisnes appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments