Reka Bentuk Rumah ‘Nipis’ Ini Buat Ramai Bingung, Tapi Ruang Dalamnya Tidak ‘Sempit’ Seperti Disangka

Warganet bingung selepas satu video berkenaan rekaan sebuah rumah yang agak unik menjadi tular di media sosial TikTok.

Seorang pengguna TikTok bernama eli.korn_ memuat naik satu video yang memaparkan sebuah rumah yang luar biasa itu, yang terletak di Deerfield, Illinois dan dianggap terkenal dalam kalangan penduduk setempat.

Warganet di media sosial menjadi bingung dengan rekaan rumah yang unik itu kerana saiznya yang kecil dan ramai yang tidak memahami tentang bagaimana tuannya tinggal di dalam rumah tersebut.

Warganet yang menonton video tersebut kemudiannya memberi respon dengan menyatakan bahawa rumah tersebut sangat menjengkelkan manakala yang lain pula menulis: “Itu bukan rumah, itu lorong.”

“Macam mana boleh ada orang yang tinggal di situ?” tulis yang lain.

Setelah meneliti laman web hartanah itu, ianya tidaklah begitu kecil berbanding dengan apa yang terlihat dari luarannya.

Ianya digelar sebagai ‘Pie House’, kerana rupanya seperti potongan pai, ia lebih kecil di bahagian hujungnya dan menjadi semakin lebar ke sisi lain seperti bentuk segi tiga.

“Rumah ikonik ini lebih besar daripada yang kelihatan, dengan ruang tamu yang berkeluasan lebih dari 1600 kaki persegi termasuk ruang bawah tanah yang sudah sedia ada.”

Rumah itu juga turut dikatakan mempunyai dua bilik tidur, dengan satu terletak di ruang bawah tanah, serta dua bilik air.

Dalam ruangan komen di video asal yang kini telah ditonton lebih dari satu juta kali, seorang pengguna TikTok bernama Charlieweissman12 telah menjelaskan mengapa rumah tersebut dibina sebegitu rupa.

Dia mendakwa bahawa sebidang lot tanah di mana rumah itu dibina berbentuk segi tiga di mana pemiliknya dapat membelinya dengan harga yang murah.

Hasilnya, Pie House ini dibina untuk memuatkannya dengan lot tanah berkenaan.

@eli.korn_

SKINNY HOUSE SKINNY HOUSE SKINNY HOUSE #fyp #100gecs #geccing #skinny #skinnyhouse #architecture

♬ I Need Help Immediately – 100 gecs & Laura Les & Dylan Brady

Sumber: Mirror

The post Reka Bentuk Rumah ‘Nipis’ Ini Buat Ramai Bingung, Tapi Ruang Dalamnya Tidak ‘Sempit’ Seperti Disangka appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments