Rakaman Kucing Dipercayai Dilanggar Undang Kemarahan Warganet

Satu rakaman video yang mengejutkan menyaksikan seekor kucing yang sedang berehat dipercayai telah mati kerana dilanggar oleh sebuah kereta telah tular dan mendapat kecaman ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Persatuan Haiwan Malaysia di Facebook, kejadian tersebut didakwa telah berlaku di tempat letak di Kuala Lumpur.

Menerusi rakaman tersebut, kelihatan kereta berkenaan dipandu ke arah kucing tersebut dan dipercayai tayar kereta tersebut terkena pada badan kucing tersebut.

Lebih memilukan, kucing itu juga dilihat ‘melompat-lompat’ dipercayai kesakitan setelah dilanggar oleh kereta tersebut.

Rata-rata warganet pastinya berang dengan kejadian tersebut dan berharap agar pemandu kenderaan terbabit dihukum dengan seadilnya.

 

Orang ramai atau saksi lain yang mengetahui lebih lanjut mengenai kejadian ini diminta menghubungi Animal Malaysia di talian 01120901097.

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia

The post Rakaman Kucing Dipercayai Dilanggar Undang Kemarahan Warganet appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments