PKPD Bersasar Secara Pentadbiran Di Kg. Kuala Sanglang Dan Kg. Tanah Timbul Mulai 10 Ogos Hingga 31 Ogos Ini – Ismail Sabri

Sebelum ini seramai 872 orang penduduk di kawasan Sanglang, Perlis telah menjalani saringan pengesanan wabak COVID-19 susulan penularan kluster PUI Sivagangga di kawasan itu.  Hari ini, melalui siaran langsung sidang media oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri mengumumkan kerajaan telah memutuskan dua buah kampung di Perlis akan terlibat dalam pelaksanaan PKPD Bersasar Secara Pentadbiran.

Menurut beliau, dua buah kampung itu adalah Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul. Perlaksanaan tersebut akan bermula pada 10 Ogos sehingga 31 Ogos 2020 yang melibatkan 191 kediaman.

Tambahnya lagi, perlaksaaan PKPD bersasar ini akan menggunakan arahan SOP yang sedia, namun SOP sekatan jalan raya akan sedikit berbeza.

“Pergerakan keluar masuk oleh penduduk di luar kawasan PKPD tidak dibenarkan sama sekali. Namun, penduduk yang berada di kawasan PKPD dibenarkan keluar untuk membeli bekalan makanan di kawasan PKPD sahaja,” kata beliau.

“Semua pejabat dan institusi pendidikan akan ditutup dan ditangguhkan. Sama seperti rumah ibadat dan surau serta masjid juga akan ditutup dan tidak dibenarkan beroperasi.”

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA OLEH YB DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA OLEH YB DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Sunday, August 9, 2020

Sumber: Sidang media MKN

The post PKPD Bersasar Secara Pentadbiran Di Kg. Kuala Sanglang Dan Kg. Tanah Timbul Mulai 10 Ogos Hingga 31 Ogos Ini – Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments