Penting Untuk Kaki ‘Camping’, Lima Perkara Perlu Ambil Tahu Sebelum Minum Air Sungai

Aktiviti berkhemah di hutan ataupun ‘camping’ adalah salah satu ‘kegilaan’ bagi mereka yang menggemari aktiviti lasak.

Dalam berkhemah, terdapat banyak cara untuk kita berikhtiar hidup dalam memerlukan sumber makanan atau minuman, jika kita memilih untuk berkhemah secara ‘hard core’.

Pada waktu itu, kita mungkin akan bergantung sepenuhnya dengan buah-buahan di hutan, daun-daun ataupun binatang liar untuk dijadikan makanan.

Manakala bagi sumber air pula, pasti sungai yang menjadi pilihan utama selain air-air dari akar kayu dan sebagainya.

Menyentuh kebergantungan sumber air dari sungai, sebenarnya ada cara khusus yang perlu kita pelajari supaya air yang diminum tersebut selamat daripada sebarang jangkitan dan implikasi kesihatan.

Ikuti perkongsian yang dikongsikan oleh Pendekar Rimba di group Facebook Combat Survival Malaysia di bawah ini.

Gambar sekadar hiasan.

Combat survival: cara minum air sungai dengan selamat

Baru-baru ini ada terperasan ada satu video seorang sahabat ahli group ini yang minum air sungai dengan cara menyedut terus air sungai dengan mulutnya.

Perbuatan ini juga pernah saya sendiri lakukan bila berada di dalam hutan, terutamanya bila kehausan yang melampau.

Sedutan video cara minum air sungai yang tidak disyorkan.

Namun begitu, cara ini bukanlah cara yang disyorkan walaupun saya sendiri pernah melakukannya sewaktu ketika dahulu.

Berikut adalah cara minum air sungai yang orang-orang tua saya ajar dahulu yang mungkin boleh diguna pakai.

1. Cari tempat

Setelah sampai di sungai, cari tempat untuk minum atau tempat untuk mengambil air yang air sungainya dalam sedikit berhampiran anda jika ada.

2. Perhati kawasan sekeliling

Perhatikan kawasan sekeliling tempat minum air dan kawasan atas sikit sungai, tentukan tiada sesuatu yang boleh membuatkan air tersebut kotor.

3. Pilih air

Pilih air di bahagian tengah sedikit yang mengalir dengan elok jika ada lubuk. Jika tiada, cuba buat kawah lubang untuk mencedok air dan biarkan airnya jernih seketika.

4. Keluarkan air sedikit

Jika air sememangnya telah jernih, keluarkan air bahagian atas beberapa kali dengan tangan dan ceduk air menggunakan tapak tangan atau daun lebar. Perhatikan sepintas lalu keadaan air yang dicedok tersebut. Hidu juga jika perlu. Jika rasa selamat, barulah boleh diminum menggunakan tapak tangan atau daun lebar sebagai cawan.

5. Elakkan terminum serangga

Tentukan setiap kali menceduk, perhatikan terlebih dahulu air yang diceduk menggunakan tangan atau dedaun lebar tadi, dikhuatiri ada terceduk serangga-serangga atau kutu air termasuk lintah. Jangan terus diminum.

Pesanan penting

Anda tidak digalakkan menyedut air terus menggunakan mulut kerana dikhuatiri tersedut serangga atau kutu air dan yang lebih parah adalah lintah air yang hanyut, atau sememangnya ada di tempat menceduk air tersebut.

Anda juga perlu memasak air terlebih dahulu jika berkesempatan atau berkemampuan.

Dan yang paling penting, jangan lupa baca Bismillah bagi yang beragama Islam.

Wallahualam..

Gambar: Pendekar Rimba

Nota: Model gambar, Ma’lan Matlan, minum air sungai yang di atasnya ada kubur orang asli.

Sementara itu, ada juga netizen lain turut berkongsi kaedah-kaedah yang mereka pernah gunakan untuk meminum air sungai dengan selamat.

Sumber: Pendekar Rimba melalui Combat Survival Malaysia

The post Penting Untuk Kaki ‘Camping’, Lima Perkara Perlu Ambil Tahu Sebelum Minum Air Sungai appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments