Penemuan Dipercayai ‘Kapal Ais’ Sepanjang 130 Meter Melalui ‘Google Earth’ Cetus Pelbagai ‘Andaian’

Seorang pengguna Google Earth mendakwa bahawa melihat kapal ais sejauh 428 kaki bersamaan 130 meter yang terperangkap 100 batu melepasi lautan Antartika sehingga telah mencetuskan pelbagai tanda tanya dan perbualan hebat dalam kalangan warganet, lapor Mirror.

Individu tersebut yang merupakan seorang YouTuber yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Earth Watchman’, memuatnaik beberapa video mengenai perubahan di alam semesta dan apa yang menyebabkannya berubah sedemikian.

Gambar Via Mirror

Memetik laporan Mirror, salah seorang penontonnya menghantar koordinat sebuah kawasan di antara New Zealand dan Antartika iaitu di mana mereka mendakwa telah menemui sebuah kapal besar yang beku di antara gunung ais.

Ketika dia menukar peta tersebut dalam paparan 3D, salah satu kawasan ais tersebut mula menunjukkan bentuk badan kapal, dek utama dan cerobong di atasnya.

Sekiranya ia benar-benar kapal seperti yang dipercayai oleh mereka , itu bermakna kapal itu telah dipusingkan ke dalam air yang dikelilingi oleh formasi ais yang besar dan ukurannya sejauh 428 kaki menggunakan alat pengukur Google Earth.

Gambar Via Mirror

“Ia kelihatan seperti garis besar kapal dan yang ini berukuran lebih dari 400 kaki panjang.

“Apa pun ia, kapal itu kelihatan seperti kapal ais atau apa sahaja yang anda mahu namakan, itulah yang dilihat,” kata YouTuber tersebut.

Sebilangan penonton percaya benua itu menyimpan rahsia yang sememangnya sengaja disembunyikan.

Sumber: Mirror 

The post Penemuan Dipercayai ‘Kapal Ais’ Sepanjang 130 Meter Melalui ‘Google Earth’ Cetus Pelbagai ‘Andaian’ appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments