Pemilik Anjing Pitbull Serang Wanita Mengaku Bersalah, Didenda RM 2,000

Masih ingatkah lagi anda tentang insiden seorang wanita diserang anjing baka Pitbull di Tanjung Minyak, Melaka tempoh hari?

Hanya kerana kecuaian pemilik anjing yang tidak menutup pagar, wanita tersebut mengalami kecederaan yang teruk di tangan dan kaki akibat diserang bertalu-talu oleh haiwan terbabit.

Malangnya, anjing itu ditangkap dan kini ‘ditahan’ di Jabatan Veterinar bagi tindakan lanjut.

BACA: Viral Video Wanita Diserang & Digigit Anjing, Tangan Habis Luka Berdarah

Bagaimanapun, hari ini Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association mengemas kini maklumat terbaharu mengenai status pemilik anjing berkenaan.

Berdasarkan laporan terkini di halaman Facebooknya hari ini, pemilik anjing tersebut telah menjalani pertuduhan di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka pagi tadi.

Difahamkan, pemilik anjing berkenaan telah mengaku bersalah dan majisret jatuhkan hukuman denda maksium sebanyak RM2,000 sahaja.

Gambar: Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association
Gambar: Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association
Gambar: Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association

The post Pemilik Anjing Pitbull Serang Wanita Mengaku Bersalah, Didenda RM 2,000 appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments