Pegawai Polis Wanita Menjadi Wira Apabila Berjaya Selamatkan Lelaki Tua Daripada Dirempuh Kereta Api

California: Seorang pegawai polis dipanggil hero setelah menyelamatkan seorang lelaki tua yang berusia 66 tahun di mana ketika itu, kerusi roda milik lelaki tersebut telah tersekat di landasan kereta api.

Sebelum kejadian berlaku, Erica Urrea membuat rondaan di kawasan berkenaan.

Dia secara tiba-tiba melihat warga emas lelaki yang duduk di atas kerusi roda berada di landasan kereta api.

Urrea berlari ke arah lelaki tua itu untuk menolongnya “Bolehkah anda bangun?”, sambil berusaha melepaskan bahagian kerusi roda yang tersangkut di landasan.

Keadaan menjadi sangat bahaya kerana ketika itu jarak kereta api dengan mereka itu sangat dekat.

Urrea terpaksa menarik lelaki itu daripada kerusi roda miliknya dan dalam beberapa saat kemudian,kerusi roda itu telah dirempuh oleh kereta api.

Urrea berteriak kepada rakannya,” 911 sekarang, saya perlukan ambulan”.

Mangsa kejadian telah dihantar ke hospital kerana mengalami kecederaan di bahagian kaki.

Video kejadian diambil daripada youtube:

Jabatan Polis Lodi telah memanggil Pegawai Urrea sebagai pahlawan.

“Dia sangat berani, dia telah menyelamatkan nyawa seorang lelaki”

Selain itu, Jabatan polis juga telah mengatakan di laman Facebook,”Pegawai Urrea mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan orang lain… kami sangat berbangga dengan keberanian yang telah ditunjukkan oleh Urrea”.

Sumber: MailOnline

The post Pegawai Polis Wanita Menjadi Wira Apabila Berjaya Selamatkan Lelaki Tua Daripada Dirempuh Kereta Api appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments