‘Otai Masih Berbisa’, Usia Sudah 68 Tahun Tapi Masih ‘Steady’ Kayuh Basikal 200 KM, Lelaki Ini Kongsi Rahsia Ayah Mertuanya

Berbasikal adalah salah satu aktiviti yang diminati ramai, ia bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan malah turut mampu menambah baik stamina seseorang itu.

Boleh dikatakan aktiviti ini diminati oleh banyak lapisan umur, dari warga emas berusia 50 tahun ke atas sehinggalah ke kanak-kanak seawal tiga tahun.

Jika anda masih ingat lagi, sebelum ini saudara Zulkarnan Abdul pernah berkongsi pengalaman dan tips bagaimana mahu membawa basikal ke luar negara.

BACA: Tips Dari Mula Sampai Akhir Cara Nak Bawa Basikal “Travel” Ke Luar Negara

Maka kali ini pula, beliau ingin berkongsi satu kisah inspirasi mengenai ayah mertuanya yang sudah dikategorikan sebagai warga emas, tapi masih kuat tenaganya dalam aktiviti berbasikal.

Bahasa mudah orang kita kata, ‘otai masih berbisa’.

Mari ikuti perkongsiannya yang ditulis di group Facebook Sembang Basikal Is Free seperti di bawah ini.

Gambar: Zulkarnan Abdul

Bagaimana anda boleh berkayuh pada usia 68 tahun dan naik podium Powerman serta menamatkan kayuhan Audax 200 km dengan jayanya?

Hari ini, kita bersembang dengan menceritakan kisah Mejar (B) Mohd Fauzie Abdullah, berusia 68 tahun, iaitu bapa mertua saya.

Saya amat kagum dengan kebolehan beliau serta menjadi idola saya untuk melaburkan waktu di masa sekarang untuk masa hadapan dalam penjagaan kesihatan.

Banyak sebenarnya pencapaian Mohd Fauzie atau saya panggil Papa ini. Antaranya ialah kayuhan AUDAX 200KM dan juga Powerman Short kategori 65-69 tahun di tempat ketiga atau pingat Gangsa. Sebelum COVID-19 banyak juga acara-acara yang disertainya seperti acara Langkawi Ride, CIMB Ride, Kampar Majestic Ride, REPSOL Ride, Convoride UTP, Steel is Real dan sebagainya dan semua acara ini selalunya melebihi 100km, kecuali acara Steel is Real.

Baiklah berdasarkan pemerhatian saya dan perkongsian dengan Papa, berikut adalah 3 Tip bagaimana anda boleh terus berkayuh dengan padu pada usia 68 tahun:-

Gambar: Zulkarnan Abdul

TIP #1 – PENJAGAAN MAKANAN

Hobi dan amalan Papa ini agak unik, sebab beliau bukan sahaja suka memasak, tetapi memang masakannya amat sedap. Beliau adalah berbangsa Siam, dan antara masakan istimewanya adalah masakan ala Thai juga.

Tapi yang pentingnya, Papa memang sentiasa masak dan makan di rumah. Amat jarang sekali beliau makan di luar. Jadi segala bahan masakan Papa mengetahuinya dan mengawal dengan teliti seperti santan, diparut dan diperah olehnya sendiri (siap ada mesin parut kelapa).

Lagi satu, beliau memang mengamalkan minum air kosong. Di rumahnya ada Mesin Air Alkaline berjenama Kangen Water. Tak perlulah saya cerita panjang tentang produk ini sebab saya bukan jurujual, tapi yang penting kualiti air di rumah adalah amat penting.

Gambar: Zulkarnan Abdul

TIP #2 – RUTIN SENAMAN

Papa memang rajin membaca dan mengkaji tentang senaman dan cerita-cerita inspirasi. Pernah dia terbaca seorang veteran berumur 82 tahun, masih boleh berlari Marathon beberapa kali setahun. Antara routine senamannya adalah mensasarkan berlari sejauh 50-60km seminggu.

Larian memang sangat berkesan, dengan larianlah kita dapat menstabilkan cara pernafasan, memantapkan otot, membakar kalori dan membuang gas di dalam badan yang tak diperlukan melalui kentut dan pernafasan.

Selalunya pelari mempunyai stamina yang lebih baik berbanding rider basikal, cuma pelari yang bertukar ke hobi berbasikal memerlukan masa untuk membina otot kaki dan paha yang lebih jitu.

Gambar: Zulkarnan Abdul

TIP #3 – MENGAWAL KEKUATAN MINDA

Selalunya acara kayuhan mahupun larian, memerlukan minda yang kuat. Tapi mungkin bukan cara menumpukan kepada kesakitan atau cabaran yang dihadapi.

Tip dari Papa adalah memilih satu atau dua masalah kerja atau kehidupan yang dihadapi, kemudian bawa bersama semasa berlumba atau melakukan senaman berbasikal atau larian. Jadi minda kita akan menumpukan kepada bagaimana menyelesaikan masalah itu daripada memikirkan perkara-perkara negatif seperti putus asa, kesakitan atau kepenatan yang dihadapi.

Papa memberitahu, dengan cara ini, bukan sahaja dia dapat menghabiskan acara kayuhan atau larian yang dihadapi, kadang kala dapat juga ilham untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Itulah sahaja sembang atau perkongsian pada kali. Kita doakan agar Papa sentiasa sihat dan aktif dalam acara kayuhan dan larian yang diimpikannya. Papa berhasrat untuk membuat kayuhan 1000km dan menyertai Powerman Duathlon Classic 10km-60km-10km.

Gambar: Zulkarnan Abdul
Gambar: Zulkarnan Abdul
Gambar: Zulkarnan Abdul
Gambar: Zulkarnan Abdul
Gambar: Zulkarnan Abdul
Gambar: Zulkarnan Abdul
Gambar: Zulkarnan Abdul
Gambar: Zulkarnan Abdul
Gambar: Zulkarnan Abdul
Gambar: Zulkarnan Abdul

Posted by Zulkarnan Abdul on Sunday, 23 August 2020

Posted by Zulkarnan Abdul on Sunday, 23 August 2020

Sumber: Zulkarnan Abdul, Fauzie Abdullah

The post ‘Otai Masih Berbisa’, Usia Sudah 68 Tahun Tapi Masih ‘Steady’ Kayuh Basikal 200 KM, Lelaki Ini Kongsi Rahsia Ayah Mertuanya appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments