MP Kepong Tawar Diri Bayar Denda Kompaun Remaja Turunkan Pelitup Muka

Video seorang pelajar yang dilaporkan telah dikenakan kompaun kerana dikatakan menurunkan pelitup muka di sebuah stesen keretapi telah menarik perhatian ramai pihak. Rata-rata bersimpati dengan nasib pelajar tersebut yang dikatakan perlu membayar wang kompaun yang tinggi.

Susulan kejadian tersebut, Ahli Parlimen Kepong, YB Lim Lip Eng, terpanggil untuk menghulurkan bantuan.

Menerusi satu kiriman daripada laman Facebook Yb Lim Lip Eng, beliau nyata bersimpati dengan pelajar itu dan menawarkan diri untuk menjelaskan bayaran denda tersebut. Beliau turut memohon pelajar tersebut untuk menghubunginya bagi membantu menjelaskan denda berjumlah RM 1,000 itu.

Tambahnya lagi dalam catatan di Facebooknya, beliau berharap agar orang ramai khususnya remaja untuk sama-sama mematuhi SOP bagi mencegah penularan Covid-19.

Sumber: Facebook YB Lim Lip Eng

The post MP Kepong Tawar Diri Bayar Denda Kompaun Remaja Turunkan Pelitup Muka appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments