Makeover Dapur Versi Bajet, Kos Tak Sampai RM800. Hasilnya Kemas, Dapur Kecil Nampak Luas

Ramai yang idamkan dapur yang cantik, kemas dan luas. Meski ada keinginan tapi faktor bajet selalu jadi halangan.

Namun begitu nak dapatkan dapur yang teratur, kemas tak semestinya perlu modal yang besar. Boleh tiru cara Raja Nurhazwani ini melakukan ubah suai dapur kediaman ibunya. Bajetnya tak sampai pun RM800. Sesuai sangat kan!

Keadaan sebelum memulakan makeover. Terdapat 3 masalah utama yang saya kenalpasti iaitu:

1. Kurang pencahayaan
2. Ruang dapur sempit
3. Kedudukan barang tidak tersusun
4. Bajet

Untuk mengatasi masalah ini saya telah menghadkan bajet untuk projek ini sebanyak RM800.

Dengan kawalan bajet yang dihadkan, saya yakin saya mampu siapkan keperluan dapur ini dengan bajet dari RM 800! ‘’Biar betul ko ni bajet RM 800 satu dapur ni ?’’- mungkin itu lah yang ada di dalam fikiran acik acik dan akak akak sekalian. Percayalah, itulah anggaran untuk peralatan utama yang saya gunakan :

• 4 roll plain wallpaper ( RM 17/each @ Shoppe)
• 2 roll brick wallpaper ( RM 16/each @ Shoppe)
1 set meja & kerusi ( RM 350 @ Shoppe)• 1 set blind ( RM 45 @ shoppe)
• 2 Unit rak Hyllis saiz besar ( RM 60.00/each @ Ikea) saya beli dengan personal shopper
• 3 liter Cat (RM15. 10/each @ Hardware)
• Storage (RM80 @ Ecoshop)

TOTAL : RM 740.30

Inilah hasilnya

Sumber: Raja Nurhazwani

The post Makeover Dapur Versi Bajet, Kos Tak Sampai RM800. Hasilnya Kemas, Dapur Kecil Nampak Luas appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments