“Macam Samseng, Si Oyen ‘Tunjuk Berani’ Sergah ‘Si Belang’ Dalam Sangkar Hingga Terperanjat

Seperti ramai yang sudah ketahui, ‘si bulus’ yang bergelar ‘Oyen’ lazimnya memiliki perangainya yang tersendiri.

Ada yang nakal, ada yang suka buat hal, ada yang samseng dan bermacam-macam lagi.

Seperti satu video yang dikongsikan di Facebook ini, gelagat si Oyen menggertak seekor harimau di dalam sangkar boleh mengundang tawa.

Video pendek yang berdurasi selama 7 saat itu memaparkan aksi seekor kucing dengan beraninya berhadapan dengan seekor harimau yang berada di dalam sangkar.

Pada permulaan video, kedua-dua haiwan tersebut dilihat hanya berpandangan sesama sendiri. Namun selepas beberapa ketika, kucing berwarna oren itu dilihat menyergah haiwan gagah itu yang berada di dalam sangkar.

Kesan daripada perbuatan itu, harimau tersebut dilihat seakan terkejut dan terbangun selepas disergah.

Ketika harimau itu dilihat sedang menghampirinya, Oyen tanpa perasaan takut telah bertindak menyergah harimau terbabit sehingga menyebabkan harimau itu terkejut dan seakan takut dengan kucing tersebut.

Harimau nda harimau, kalau suda namanya kucing oyen, tetap paling samseng 🐈

Posted by Obeh on Thursday, April 2, 2020

Sumber: Twitter

The post “Macam Samseng, Si Oyen ‘Tunjuk Berani’ Sergah ‘Si Belang’ Dalam Sangkar Hingga Terperanjat appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments