Letupan Di Lubnan: Sekurang-kurangnya 73 Individu Dilaporkan Terbunuh Setakat Ini

Kira-kira 73 individu dilaporkan terbunuh, manakala 3,000 lagi cedera dalam tragedi letupan di Beirut, Lubnan semalam, memetik laporan BERNAMA TV..

Letupan besar itu dipercayai berlaku di kawasan berdekatan pelabuhan bandar tersebut.

Sementara itu, menurut laporan AFP menerusi The Guardian, punca letupan dipercayai berkemungkinan akibat kebakaran yang terjadi di sebuah gudang yang menyimpan beratus-ratus tan ammonium nitrat.

Tambah laporan itu lagi, askar-askar sudah mengepung kawasan tersebut yang kini sudah dipenuhi kaca serta batu-batu runtuhan bangunan.

Berikut di bawah adalah lampiran foto-foto yang diambil media antarabangsa ketika selepas kejadian.

Keadaan selepas tragedi. Foto: AFP
Foto: ABC News

Sumber: BERNAMA TV, The Guardian, ABC News, AFP

The post Letupan Di Lubnan: Sekurang-kurangnya 73 Individu Dilaporkan Terbunuh Setakat Ini appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments