Kegigihan Cikgu Pakai Kostum Setiap Watak Dalam Subjek Sejarah Supaya Murid Lebih Faham Dipuji Netizen

Setiap guru mempunyai cara tersendiri untuk menyampaikan pengajaran kepada anak murid. Ada yang menggunakan paparan slaid, video, eksperimen dan ada juga yang menggalakkan pembentangan daripada anak murid sendiri untuk memastikan mereka memahami apa yang telah diajar.

Melangkah satu tapak ke hadapan, Cikgu Mohamad Safwan Zulqarnain Bin Jebat atau turut dikenali sebagai Cikgu Awan Jebat tampil dengan cara tersendiri yang lebih kreatif.

Beliau mengaplikasikan watak-watak tertentu ketika sesi pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan anak murid terus meminati dan memberi fokus ketika sesi tersebut.

Antara watak yang pernah dilakonkan beliau ialah watak manusia zaman prasejarah, ahli falsafah Yunani, Pak Pandir dan Indiana Jones.

Berkongsi kepada kami, guru ganti di sebuah sekolah di Johor Bahru ini berkata, teknik itu merupakan inisiatifnya sebagai individu yang penuh imaginasi.

“Saya orang yang penuh dengan imaginasi dan saya suka bawa ruang imaginasi saya keluar kelas,” katanya.

Guru berkenaan juga mengaku sedang mengikuti kelas teater anjuran sebuah kumpulan teater tempatan, Revolution Stage.

Beliau merupakan guru ganti subjek Sains bagi pelajar Tingkatan 3 dan bakal menamatkan kontrak dalam tempoh tiga hari lagi.

Sebelum ini, beliau pernah mengajar beberapa subjek bagi murid sekolah menengah dan rendah antaranya Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sains, Sejarah, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Muzik.

Sumber: Hazwani, Awan Jebat

The post Kegigihan Cikgu Pakai Kostum Setiap Watak Dalam Subjek Sejarah Supaya Murid Lebih Faham Dipuji Netizen appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments