Kanak-kanak 3 Tahun Tersangkut Pada Ekor Layang-Layang Gergasi, Melayang Sehingga 100 Kaki Ke Udara

Seorang kanaka-kanak wanita berusi tiga tahun mengalami satu tragedi apabila dia dilayangkan oleh sebuah layang-layang gergasi sehingga mencecah 100 kaki ke udara di sebuah festival di Taiwan.

Berdasarkan video, kanak-kanak itu tersangkut pada ekor layang-layang gergasi dan ketika layang-layang itu diterbangkan, mangsa turut ikut terbang ke udara.

Di dalam rakaman tersebut, kanak-kanak itu seakan dilambung ke udara dan berpusing-pusing sehingga berjaya digapai semula oleh orang awam dan diselamatkan.

Selepas kejadian itu dia dia dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan laporan mengesahkan dia tidak mengalami apa-apa kecederaan fizikal selain dari calar-balar ringan di mukanya.

Sumber: Daily Mail

The post Kanak-kanak 3 Tahun Tersangkut Pada Ekor Layang-Layang Gergasi, Melayang Sehingga 100 Kaki Ke Udara appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments