“Kami Masih Terkejut,” Pengantin Terkesan Impak Letupan Ketika ‘Photoshot’ Buka Mulut, Imbau Keadaan Semasa Kejadian

Tampak berseri dengan gaun putih dan bertudung panjang, pengantin wanita yang menjadi perhatian kerana video yang menyaksikan detik-detik dirinya sedang ‘posing’ sebelum dikejutkan dengan gelombang letupan di Beirut akhirnya ‘membuka mulut’ mengenai kejadian itu.

Gambar Via Daily Mail

Israa Seblani, 29, yang juga merupakan seorang doktor yang bekerja di Amerika Syarikat membantu memeriksa orang ramai yang cedera berdekatan dengannya sebelum bergegas ke tempat yang lebih selamat.

Sehari selepas kejadian, dia dan suaminya, Ahmad Subeih berusaha untuk ‘memproses’ apa yang telah berlaku.

“Sama seperti wanita lain yang gembira untuk memasuki alam perkahwinan, saya telah mempersiapkan hari istimewa saya selama dua minggu. Ibu bapa saya akan gembira melihat saya berpakaian putih dan saya akan kelihatan seperti seorang puteri.

Gambar Via Daily Mail

“Tidak ada kata yang dapat menjelaskan mengenai situasi semasa letupan berlaku di sini. Saya terkejut dan tertanya apa yang berlaku, adakah saya akan mati? Bagaimana saya akan mati?,” katanya.

Di belakangnya, timbunan kaca-kaca pecah dari tingkap hotel yang hancur ‘menghiasi’ tanah bersama dengan sisa-sisa jambangan bunga yang hancur di atas meja jamuan.

Seblani tiba di Beirut tiga minggu lebih awal untuk mempersiapkan perkahwinanannya itu.

Selepas letupan itu, dia dan suaminya berusaha untuk menenangkan diri dan meneruskan sambutan mereka.

Suaminya mengingat kembali apabila memasuki hotel yang telah rosak untuk mengambil barang dan pasport.

“Pemandangan di dalam bilik itu sukar untuk dipercayai,” katanya.

Tambah Seblani lagi, dia masih berusaha mencari kegembiraan dalam perkahwinan yang diambil dalam tempoh yang lama untuk disiapkan.

“Terdapat banyak kerosakan, ramai orang yang cedera dan terbunuh namun kami bersyukur kepada Tuhan kerana melindungi kami,” katanya.

Sumber: Daily Mail

The post “Kami Masih Terkejut,” Pengantin Terkesan Impak Letupan Ketika ‘Photoshot’ Buka Mulut, Imbau Keadaan Semasa Kejadian appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments