Kalau Beli Daun Kari Cari Yang Ada Ranting! Buat Cambah Benih Tanam Dalam Pasu

Rasa nak masak kari, ambik saja daunnya dari pasu. Kan senang, itu lah kelebihan kalau tanam sendiri pokok kari. Tak perlu susah-susah pergi kedai.

Lagi pun nak tanam pokok kari ini pun mudah juga. Bila pergi kedai cari daun kari yang ada ranting/ batang. Pokok kari ini juga boleh tanam dalam pasu saja.

Boleh ikut cara penanaman pokok kari dari keratan batang yang dikongsi oleh Nomie Mat Lias ini.

1. Bila pergi kedai runcit, cari yang jual dahan/ranting daun kari.
(Contoh dalam gambar)

2. Buang semua daun, tinggalkan batangnya saja.

3. Jika panjang, kerat 2/3.

4. Rendam dalam bekas berair, hingga naik tunas-tunas baru. (5-8 hari)

5. Sediakan pasu kecil untuk proses semaian.

6. Cucukkan batang kari tadi.

7. Letak di tempat redup, spray setiap 2 hari sekali.
Biarkan, jangan sentuh dan kacau.

8. Tunggu hingga daun baru tumbuh.

9. Pindahkan ke tanah / pasu besar.

10. Petiklah daun kari untuk buat ulam atau masakan.

The post Kalau Beli Daun Kari Cari Yang Ada Ranting! Buat Cambah Benih Tanam Dalam Pasu appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments