Jika Tak Mampu Bayar Hutang Kereta Akibat Diberhentikan Kerja, Tolong Jangan Lakukan 5 Perkara Ini!

 

Pandemik Covid 19 memang banyak memberi impak pada kita. Ramai yang dipotong gaji, elaun, terpaksa bekerja dari rumah malah ramai juga yang diberhentikan terus.

Pada masa yang sama kita tetap juga harus membayar komitmen yang telah dibuat kerana ia satu keperluan seperti pinjaman kereta. Mujurlah dalam tempoh 6 bulan ini sejak April lalu kita diberikan kemudahan moritorium.

Namun kemudahan ini akan tamat bulan Oktober nanti dan kita perlu membayar kembali pinjaman ini seperti biasa. Tapi bagaimana pula kalau masih tidak bekerja dan tidak mampu membayar hutang kereta kepada pihak bank. Apa yang perlu kita lakukan. Perkongsian dari perunding kewangan dan hartanah Azizul Azli Ahmad boleh dijadikan panduan.

Tip bila gagal bayar pinjaman kereta

Kereta masih mendahului carta sebagai 36% punca terbesar golongan muda muflis. Bila kita mula tak mampu bayar hutang kereta, sebab diberhentikan kerja akibat pandemik Covid 19  atau sebab lain jangan lakukan ini :

1. Menyerahkan kepada pihak ke-3 untuk sambung bayar/ skim sewa.

2. Sembunyikan daripada pihak bank elak kenderaan ditarik.

3. Menjual komponen kenderaan dan sebagainya.

4. Balik kampung, simpan kereta di rumah Tok Long.

5. Report kereta hilang atau kena curi.

Buat perkara ini!

Jika dah masuk bulan ke tiga tak mampu bayar. Bawa kereta dan serahkan kunci pada bank. Bank akan beri tempoh 21 hari untuk kita tuntut kembali. Cari duit, jual tudung, jual emas yang ada dan tuntut kembali.

Jika gagal, bank akan mulakan lelongan kereta kita. Jika berjaya bida lebih dari baki hutang. Bank akan bagi baki yang ada.

Pihak bank tidak boleh menarik kenderaan anda sekiranya:

  • Finance sudah melebihi 75% kecuali dengan surat dari mahkamah.
  • Kereta anda berada di kawasan kediaman berpagar.
  • Pada hari cuti umum.
  • Selepas jam 9 malam.

Agen penarik kereta juga mestilah mempunyai kad autoriti Ejen Perolehan Semula (EPS) daripada KPDNKK.

Mangsa juga boleh buat laporan polis jika ada unsur kekerasan dan ugutan dari agen tarik kereta.

Sumber: Azizul Azli Ahmad.

The post Jika Tak Mampu Bayar Hutang Kereta Akibat Diberhentikan Kerja, Tolong Jangan Lakukan 5 Perkara Ini! appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments