“…Hilang Satu-Satunya Tempat Berteduh,” Gadis Ajak Warganet Bantu Keluarga Sahabatnya Yang Hangus Terbakar

Tiada siapa yang dapat menjangkakan segala ujian dan bencana yang bakal menimpa dan terkadang ia sememangnya sangat sukar untuk dihadapi.

Seperti yang dialami oleh sebuah keluarga ini yang terpaksa menghadapi ujian dimana rumah mereka telah terbakar.

Menerusi ciapan yang telah dikongsikan oleh Jannah Nasser, dia memohon jasa baik warganet untuk memberi sumbangan kepada keluarga rakannya yang telah kehilangan tempat berteduh kerana kejadian kebakaran tersebut.

Menurutnya, kejadian itu berlaku di Titi Mukim, Teluk Tawar, Pulau Pinang, pada 11 Ogos lalu.

Dapat dilihat juga beberapa video yang menyaksikan rumah tersebut sedang hangus dijilat oleh api.

Tambah Jannah lagi, kesemua ahli keluarga rakannya itu selamat dan tiada sebarang kecederaan yang berlaku.

Hasil bantuan orang kampung, mereka kini tinggal sementara di sebuah rumah di Padang Benggali.

 

Sumber: Jannah Nasser

The post “…Hilang Satu-Satunya Tempat Berteduh,” Gadis Ajak Warganet Bantu Keluarga Sahabatnya Yang Hangus Terbakar appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments